SETITIS TINTA MADAH BICARA

Halwa Telinga

Sabtu, 31 Oktober 2009

cinta @ sayang


sukar sekali untuk ku mentafsirkan maksud kedua-duanya...kekadang aku sendiri tidak pasti yang mana satu perasaanku terhadap orang sekelilingku...adakah ianya sama? lama jua ku berfikir tentang ini...namun disebalik pencarianku...akhirnya ku temui jawapannya...jawapannya semua ada pada buku "TENTANG CINTA" oleh PAHROL JUOI...sesiapa yang membaca buku ini tentu mendapat jawapan yang pasti untuk semua yang mereka ingin ketahui tentang cinta...buku ini juga membuatkan aku lebih mengenali-Nya dan masyarakat yang lain...soal cinta dengan makhluknya pula...aku percaya ada cinta yang telah disediakan oleh-Nya untukku...aku berdoa agar cinta yang ku temui adalah cinta yang membawaku lebih dekat dengan-Nya...amin....

Jumaat, 30 Oktober 2009

tidak tahu.....


Ya Allah...mana satu yang harus ku pilih...persatuan yang sah ataupun persatuan yang telah aku sendiri xpasti...kebenaran dari pihak lain telah ku ketahui...tetapi bagaimana untuk ku memastikan bahawa kawan-kawanku akan mendengar cakapku dan menerima apa yang telah berlaku...untuk memberitahu keadaan yang sebenar bukan mudah kerana aku tidak dapat memberikan bukti yang nyata lagi satu aku pasti akan di marahi oleh persatuan kerana tidak menikut apa yang telah mereka katakan...susah sekali untuk aku lakukan ini...tetapi aku harus memilih salah satunya...Ya Allah bantulah hamba-Mu ini untuk memilih kebenaran dan jalan yang pasti untuk ku lalui...