SETITIS TINTA MADAH BICARA

Halwa Telinga

Isnin, 31 Oktober 2011

Sedih bukan Penyelesaian




Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu di teruskan selagi hayat di kandung badan.



Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada di atas, kelak kita sendiri yang akan binasa kerana terlalu menginginkan hidup yang mewah.



Tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah kerana ia akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari orang lain.



Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T maha bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.



Anggap musibah yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya.



Allah S.W.T berfirman :

"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)



Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa.



Mungkin salami ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang diredhai.

Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.



Firman Allah S.W.T :

"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)



Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila Allah menguji hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri "masih ada hari esok untuk aku".



Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik.



Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.



Ikhlaskan hati dan redha dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan kita tenang. Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah kifarah dosa kita yang lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.



Bersabar dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan, membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus. Semua ini akan membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.



Jangan berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T. Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, Keluarga akan hancur akibat emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak pandai mengatur.

 

Jumaat, 28 Oktober 2011

makanan yang di cari bila smp d sabah

Rindunya masakan ibu tercinta....
erm...banyak yang aku mau makan ni...

mo tau apa yang aku mau....
jom tengok gambar-gambar di bawah ni...

1.BUAH TARAP
buah ni ikut musim...
kalau ada rezeki dapatla
aku jumpa hujung tahun ni di sabah tercinta...


2.BAMBANGAN
buah ni selalunya
buat jeruk...
sedap...letak lada sikit pastu boleh dimakan...
kadang ada yang masam...
kalau terkena yang manis...
fuhh...sedap sangat...
ni pun ikut musim juga...


3.TUHAU
ni tuhau...
dulu aku xsuka makan benda ni
sebab bau dia macam kesisang....
tapi tula..sekarang aku suka pula...
sebab xsuda berbau...
xtaula kenapa yang dulu tu berbau..
mungkin kurang sesuatu kali...
sedap...aku ada makan ni di asrama...
ma kaseh Azila...
dia bawa dari sabah..so boleh la
aku makan di asrama jb...


4.BUTTER PRAWN
ooo..yang ni boleh di cari disini...
tapi...kakak aku mo try buat...
so, aku mau rasa yang kakak aku buat...
sudah bagi resepi yang senang juga dekat kakak..
insya Allah, aku balik ni
dia mo buat...
hu3...cayang Kak Ana...


5.AMBUYAT...
yang ni paling digemari...
aduhai...lama suda xmakan..
nanti mo cari di pekan...
oo...dlm gambar ni banyak sekali lauk yang dia sertakan..
tapi aku selalu makan dengan ikan rebus jak...
rebus ikan..pastu buang tulang dia..
ambil isi jak...
pastu kuah ikan rebus tu letak
air limau dengan lada...
kepedasan ikut takat
kemampuan..
aku paling suka pedas...
sampai mengalir air mata gitu...


6.KARI NANAS IKAN MASIN
yang ni pun boleh cari di sini..
tapi aku suka kalau ibu tercinta yang masak...
selalunya sebelum balik jb..
aku suh ibu tercinta masak yang ni...
aku suka makan nanas..so..memang terbaikla...
hehehehe


Tapi kan...kalau xdapat semua di atas ni pun
xpa..janji ada yang aku dapat makan antara
6 pilihan di atas ni...

Ow..ya,
ada satu tempat yang ABC dia sedap...
di tanjung aru...
sedap sangat...
xsilap aku gerai no 4 @ 6 camtula...
gerai tu jak sedap...
nyummy...
ABC dia xsama cam org lain...
so klu berkesempatan
boleh la g sana....

Khamis, 27 Oktober 2011

Buah Tarap

Lebatnya hujan...
erm...bila tengok buah ni..
lapar pula...

sedap sangat...
lama suda xmakan...
aduhai...

xpa sabar...
sabar...
xlama lagi...

17hb 11 ni balik sudah...
kalau ada rezeki
dapat la buah ni..

aduhai...sedapnya...
buah tarap ni...

di jb ni xda lagi
aku jmpa..
erm...

tnya member kat sini pun..
dorg xtau..
xpernah tengok buah ni..
sah ni ada kt sabah jak...

ups...member sarawak ckp
sna ada jua...
nama jak lain...
so borneo yang punya...

apapun..
xsabar mo balik sabah...
yipppi....

Pilihan di tangan sendiri




HATI-HATILAH atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:



✿~ Sahabat yang TAMAK: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri..



✿~ Sahabat HIPOKRIT: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup..



✿~ Sahabat PENGAMPU: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu..



✿~ Sahabat PEMBOROS dan SUKA HIBURAN: ia menjadi kawanmu jika kamu suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan..




>>> Pepatah Arab :

Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.. ^_^

Raya yang kesepian




Semua orang ada cerita
tentang hari raya...
semua ada cerita yang sedih
dan juga gembira ketika hari raya..

Aku juga punya cerita
yang sama...
kisah hari raya
yang aku tidak pernah lupakan..
dan aku berharap tidak akan
ada lagi selepas ini...

Tahun 2008...
adalah tahun ke dua aku
di dunia IPTI,JB...
ini adalah tahun kedua aku beraya..

Tak sabar rasanya nak balik
rumah yang telah lama ku tinggalkan...
bukan kerana membawa diri
di perantauan...
tetapi mengorak langkah untuk
menuntut ilmu yang jauh di sana...

Aku mencapai handphone nokiaku (fesyen biasa je)
aku menghubungi keluarga tercinta
untuk memohon di belikan tiket kapal...
......................................................

Ibu tercinta mengangkatnya panggilanku..
Ibu...saya nak balik raya ni boleh kan..
nak minta beli tiket raya boleh?

Dengan penuh berat hati ibuku menjawab....
Ayahmu meminta kamu beraya di N9..
bersama sepupu & makcikmu di sana...

Tapi ibu...
Saya tak nak raya dengan orang yang
saya tak biasa...
saya akan berasa asing dengan mereka...

Ini amanat ayahmu...
Jika kamu ingkari..
maka kamu tidak akan pulang ke sini lagi...

Tapi....
Kenapa sampai camni sekali...
Maafkan ibu...ayahmu ingin kamu
rapat dengan makcikmu disana...
lakukanlah demi ayahmu...

Sepekara lagi...
Ayahmu pesan, di pagi raya dia
akan menghubungimu dan dia mahu
kamu benar-benar di rumah adiknya...

Ya Allah...
kenapa aku...aku tidak mahu ke sana...
bukan kerana mereka tidak baik denganku..
tetapi aku berasa sangat asing dengan orang yang hanya aku
pernah jumpa sekali dalam hidupku..

Aku turuti kata ibu & ayahku...
Aku tahu aku akan bersedih disana nanti..
tetapi..aku tidak mahu ayah & ibuku sedih
kerana aku tidak kesana...

Aku di ambil oleh sepupuku,
Kami bertolak sehari sebelum raya ke N9..
Aku bersama sepupuku berbuka puasa di perhentian di lebuh raya...
Aku berusaha untuk menceriakan diriku
agar tidak dapat di kesan oleh sepupuku...

Aku tiba di Felda Lui Barat
pada malam raya...
hatiku mulai sebak...
namun aku cuba menahannya dengan
menunjukkan muka yang gembira...

Aku meminta kebenaran untuk
melelapkan mata...
Namun aku bersendirian...
aku hanya mampu mengalirkan air mata...
Aku tidak dapat menahan sebak didada...


Malam itu,
aku tidak dapat melelapkan mata...
aku berdoa agar aku diberi
kekuatan berada di tempat orang...

Di pagi yang hening,
aku merasa sapaan angin di pipiku...
sejuknya..sepertinya merasa kesedihanku...

Aku mengapai telefon bimbitku...
lalu ku menghubungi keluarga tercinta...

Ibu,selamat hari raya...
Aku cuba menahan sebak di dadaku..
Namun dalam menahan kesedihan hatiku...
Aku mendengar tangisan kecil ibuku...

Ibuku memohon maaf kerana
tidak dapat melihat aku di perantauan...
Aku tidak dapat menahan lagoi perasaanku...
Aku menangis dan memohon maaf kepada ibuku...

Ayahku hanya sampaikan salam...
Aku tahu...ayah juga sedih sama sepertiku..
Aku tahu ayahku hanya mahukan ikatan yang kuat
antara aku dan makcikku...
namun apa dayaku,,,,
aku merasa asing di sini...
merasa sendirian di sini...
Aku ingin pulang...
pulang ke rumah tercinta...

Selesai solat sunat hari raya...
Ayahku menghubungi makcikku..
dan aku mendengar perbualan makcikku
dengan ayahku...
aku berada di pangkin...
aku tidak mahu berada di dalam rumah
kerana hatiku merasa sebak dengan apa
yang ku lihat...

Aku cuba tenangkan diriku,,,
cuba membayangkan keluargaku bersamaku...
dalam tidak ku sedari..
air mata mengalir di pipiku...
aku terlena di pangkin rumah...

Kemeriahan hari raya
tidak dapat ku rasai...
mereka hanya berada di rumah...
tidak keluar untuk beraya....

Aku rindu suasana di halaman rumahku...
Aku rindu suasana kunjungan ke rumah sepupuku
di seberang sana...

Sepupuku dapat merasai kesedihanku..
aku dibawa berjalan ke rumah terbuka
pada hari raya ketiga...

Aku hanya menurut..
kerana aku akan pulang pada hari raya keempat,,,
Aku berusaha untuk menceriakan diriku
sebaik yang mungkin...


Alhamdulillah...aku berjaya mengharungi
hari-hariku disana...
Aku nekad untuk
mengumpul duit untuk membeli tiket kapal
di tahun akan datang,,,
Aku akan membeli sendiri...
Kerna aku tidak mahu kesedihan
memamah diriku...

Aku mahu berada di samping keluarga tercinta..


Rabu, 26 Oktober 2011

Maafkan Aku Sahabat

Sungguh aku bersyukur ALLAH Mempertemukanku denganmu, sahabat

Karena ALLAH banyak Memberiku pelajaran melalui sikapmu


Maafkan sahabatmu yang khilaf ini
Telah banyak perkataan dan sikapku yang mungkin telah membuatmu kecewa dan kesal terhadapku
Karena inilah sahabatmu
Hanya sesosok manusia lemah yang penuh khilaf

Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat yang sempurna
Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat tanpa salah
Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat yang selalu ada di sampingmu

Karena sekali lagi inilah sahabatmu
Yang penuh dengan kelalaian

Aku mohon kepadamu, ketika aku jatuh, jangan biarkan dirimu jatuh bersamaku
Aku ingin dirimu tetap berada di atas sana
Hingga suatu saat dirimu dapat mengangkatku dari atas

Sungguh tidak ada niat untuk membuatmu kecewa atas diriku
Aku hanya ingin mengatakan yang sejujurnya
Aku tak ingin dirimu tertipu
Aku tak ingin dirimu terlena
Aku tak bisa membiarkan dirimu berharap kepadaku
Aku tak bisa membiarkan dirimu bergantung kepadaku

Sahabat, inilah aku, seorang manusia yang jauh dari sempurna
Tolong, jangan berharap atau bahkan bergantung pada diriku
Aku tak bisa memberi apa yang kau inginkan
Aku tak bisa menjamin kebahagiaanmu
Aku tak bisa terus berada di sampingmu

Berharaplah pada RABB yang Maha Sempurna
Bergantunglah pada RABB yang Maha Agung
Kelak kau akan bertambah kuat
Karena kau telah berpegang teguh pada tali ALLAH yang tak akan pernah putus

ALLAH yang akan Menguatkanmu
ALLAH yang akan Menyokongmu
ALLAH yang akan Membantumu
ALLAH yang akan Berada di sampingmu
ALLAH yang akan Menjamin hidupmu

Bukan manusia seperti diriku...



Ya RABB, hamba memohon ampunan-Mu
Hamba telah banyak mendzolimi orang yang Engkau cintai
Hamba telah banyak mengecewakan orang yang Engkau muliakan

Sahabat...
Dengan segala kerendahan hati ini, aku memohon semoga engkau berkenan membukakan pintu maaf atas segala kekhilafanku
Aku tak tahu berapa tahun, berapa hari, atau bahkan berapa menit lagi ALLAH akan Mencabut nyawaku

Aku hanya ingin bertemu dengan ALLAH dengan tenang
Tolong maafkan segala kekhilafanku

Aku mohon
Maafkan aku, sahabat....

 
 
 
 
sumber:lupa la pla...apa2 pun thanks ye ats perkongsian maklumatnya...

Isnin, 24 Oktober 2011

Sebarkan...


Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!




1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.



2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.



3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.



4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!



5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.



6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?



7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?



8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi



9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.



10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Sumber: http://www.facebook.com/pages/I-Khalifahcom/263865236984046?sk=wall#!/photo.php?fbid=264048820299021&set=a.264048140299089.61509.263865236984046&type=3&theater

Untuk ingatan diri & para sahabat yg di sayangi..


alangkah indahnya andaiku dpt ke tempat yg cukup m'damaikan ini....!! ♥ ♥

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.



”*°•✫ Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.



”*°•✫ Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.



”*°•✫ Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.



”*°•✫ Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..



”*°•✫ Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

by: iLuv Islam



”*°•✫ Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.



”*°•✫ Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..



”*°•✫ Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..



”*°•✫ Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..



”*°•✫ Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..



”*°•✫ Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..



”*°•✫ Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Rakan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??



”*°•✫ Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..



”*°•✫ Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..


Sumber: http://www.facebook.com/pages/Islam-The-way-of-Life/109219139144091?sk=wall#!/media/set/?set=a.218250941574243.55403.109219139144091&type=1

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI



SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH



Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.



Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.



AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN



Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.



“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)



TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN



Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)



Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.



Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.



GEMAR BERJALAN KAKI



Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.



Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.



TIDAK PEMARAH



Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.



Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.



Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.



OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA



Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.



TIDAK PERNAH IRI HATI



Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”



PEMAAF



Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.



Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.



"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)



Oleh Ustaz Zawawi Yusof

Jumaat, 21 Oktober 2011

Amali Masakan



Pada hari khamis yang lepas
bersamaan dengan 20 Oktober 2011
kami telah mengalami satu hari yang penuh
getir, berdebar, excited, cemas dan adik beradik denganya...

Hari tersebut merupakan penentuan kami
dalam pemarkahan untuk subjek
Reka Bentuk dan Teknologi dalam Masakan..

Nama pun dah gempak..
so makanannya mestilah seiring dengan nama subjeknya..
hahahhaahaha..

Minggu amali peperiksaan masakan...
sangat membuatkan saya gementar...
serius...dengan penilainya duduk di hadapan saya lagi...
aduhai...nervous...

Namun, dengan perasaan yang bercampur baur...
dengan kesihatan yang sedikit tidak baik pada waktu itu..
saya gagahi untuk menghabiskannya...

Alhamdulillah...
dengan berkat doa dipohon kepada-Nya..
dan dengan usaha yang diteruskan juga...
saya berjaya menyiapkan masakan pada hari tersebut...

Bertemakan Majlis Hari Jadi...
saya diminta untuk menyediakan kek yang dihias,
kuih tempatan dan juga minuman sejuk...

Menu saya pada hari tersebut ialah:-
1.Banana Cake with Chocolate Ganache..
2.Kuih Buah Melaka
3.Air Twister Soda Berlaici...

ada tambahan dalam soalan saya juga...
saya perlu membuat gubahan bunga hidup..
ishk3..

erm...kek yang di masak ialah kek pisang..
tapi kek yang dihias ialah kek marble...
hu3...banyak la juga kena buat..
tapi xpe...teruskan usaha...
ye....

Kami adalah sidang terakhir untuk
peperiksaan amali masakan...
so...enjoy sikit la..
banyak yang boleh dimakan...
banyak yang lebih...buah je ye...

hu3...alhamdulillah...
tamat sudah untuk masakan...
yippi....



Rabu, 12 Oktober 2011

Selamat Hari Ulang tahun Kelahiran ke 18

dah genap dah umur adik jam 12 semalam kan..
maaflah akak xwish secara terus dekat adik...

Akak nak wish dalam blog je...
biar adik xjenguk pun blog akak..akak tetap
nak wish juga...

Selamat Hari Lahir ye adik...

Nak buat kek xterer..
akak letak gambar kek je la...



weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....

Nak nyanyi cikit...

Happy Birthday to you...
Makan ubi kayu...
Masuk dalam kelambu...
Minum air susu...

hehhehehe
saje je....jangan marah...
ok...kat bawah ni baru betul..

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Sakinah...
Allah selamatkan kamu...

selamat hari ulang tahun kelahiran ye...

Selasa, 11 Oktober 2011

Oh...tidak......



Di suatu pagi yan cukup ceria dengan tawa dan senda gurau adik-adik permata..
Terjadilah satu kejadian yang tidak di inginkan....

Akak ada telur la dalam stor ni...
Erm..tu la...sapelah yang letak kat sini...
Tapi xpelah...kita bersihkan je..telur ni boleh dibuang...
Ow..ok...

Sembang punya sembang...
Akhirnya aku ambilla juga telur yang ada di stor ni...



Ahhhhhhhhhhhhhhhhh..
busuknya..............

Oh...cam nak pengsan pun ada...
Nak muntah pun ada...

Lari............
Ya Allah busuknya telur tadi tu...
dah berapa lama telur tu kat sana...

Ada apa ni kak?
Erm...telur kat dalam stor tu pecah...
oh...tidak...busuknya...

Apa yang bau busuk ni kak?
Erm..sedihnya...
Telur tu pecah pastu kena baju, tudung ngan seluar akak...
tu yang busuk tu...

Ishk3...
Tak sanggup g stor tu...
Baik akak cuci dulu baju ni dengan air...

oh...tidak...
busuk dia tak hilang la...
camna ni...

Stor tu lagi busuk...
Erm...jom la kak..kita cuci stor tu...
Kita pakai tuala untuk tutup hidung...
ok...jom...



Erm...biar tutup pakai tuala pun tetap kuat bau telur tu...
Biasala kak..telur tembelang...memang ba busuk...

Aduhai...jom la kita basuh cepat-cepat....
Ok..jom...adik g buka air dulu ye kak..
Ok...

Alhamdulillah nasib baik hilang juga bau busuk ni...
Kita biar lantai stor ni kering dulu la..
Sambil tu kita makan dulu...

Erm..kenangan..kenangan...
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan adik-adik..
Betul tu..
Ok..nanti kita letak penyembur wangian di dalam stor tu...

Jom kita balik...lepas ni nak cuci baju, tudung ngan seluar yang
kena telur ni pla...
Huhuhuhu...

Rabu, 5 Oktober 2011

Yippi...../

alhamdulillah...
hari ni tak ada kelas...
huhuhu...
sepatutnya ada pra ujian...

erm..ntahlah xpasti kenapa
pensyarah ada hal kot...
erm...huhu...

xpe...
aku dah habis kemas bilik dan
buat nota??ada la juga..
hihihi...

lapar pula perut aku ni...
erm...tggu mujahidah balik la...
boleh makan sama-sama...

sharieana nak kirim makanan x?
arezelack ngan lee hyori keluar...

hah?nak..nak....
nak cam biasa ye...
kalau xda camna?
kalau xda xmo la...
nak yang cam biasa juga...

sharieana jom main saidina...
erm...ok...

Ya Allah dah lewat ni...
mujahidah jom solat dulu...
pastu leh makan kalau dorg dah sampai...

yippi...
arezelack datang...
sharieana makanan lupa nak bungkus...
tunggu mel la...

ok..xpe tggu sambil isi tangki ink printer...
erm..
Ya Allah kakiku.....
camna ni..
dah warna merah, biru...
nasib baik kuning xkena...

jari tanganku....
dah bewarna-warni dah...
erm...xpela...
salah aku....

alhamdulillah makanan dah sampai...
huhhuhu..
makanan kegemaranku dah sampai...
nasi putih dengan ayam tiga rasa...
makanan kegemaran mujahidah pula
nasi paprik...

Allahhumma bariklana fima razaqtana waqina azabannar...
amin...makan yok...

Peperiksaan Percubaan...aaaaaaaaaaa...camna ni....

Sharieana esok ada pra ujian untuk bahasa melayu...
Hah?...ujian....biar betul...

Camna ni...
Perut dah berbunyi...
Nak makan...tapi...
esok pula ada ujian...

Akak pergi tak meeting malam ni?
Meeting?Akak tak tahu pula...
Erm..jam berapa?
Jam 9 kak...

Jam di tanganku menunjukkan
pukul 8.05 malam...
Mujahidah jom cepat-cepat keluar...
nanti takut tak sempat...

Nak nasi putih + Ayam tiga rasa (nak yang ketul)
nyum..nyum...lapar ni...
makanan xsampai lagi...

Erm..ayam tiga rasa yang ketul xda,,camna?
Hah?erm...bagi daging tiga rasa la...
xpela..bukan rezeki...

Mujahidah kita balik terus pergi surau ye...
Kelam kabut dibuatnya..
nasib baik meeting tak mula lagi...

Huhuhu...malu pun ada
yela..dengan tak ada pen dan buku untuk mencatit...
Aku pun mengambil kertas terpakai di dalam bilik
persalinan muslimat sebagai kertas untuk catitan...

Atiqa nak pinjam pen boleh...
Boleh..nah kak...
Ups..dah mula ke..xsedar...
Bacaan fatiha di mulakan...

Ucapan daripada iskandar di susuli...
Ok..ada tiga agenda semuanya malam ini...
Pertama: Pengambilan Ahli Jawatankuasa Baru
Kedua: Usrah Combo
Ketiga:Rehlah

selesai ketiga-tiga agenda...
round table di buat...hihihi..
xda apa yang aku nak kupas...
so senyap je la...

sampai di bilik...
niat dah baik dah,,,
nak stdy la katakan...
erm...

buka tenet....
tgk maklumat kelas d fb pastu...buka blog..jap je...
treng...treng....

mujahidah nak guna tenet cari bahan untuk usrah combo...
huh...aku?????
masuk tido...
ujian esok camna pula...
pagi esok baru stdy...

ishk3...xpatut..xpatut...
apa la aku ni...
ingat terer ke...
xla terer,...

pagi buka blog jap taip entri sambil membaca nota...
mudah-mudahan di permudahkan apa yang di jawab..
dan di baca...

Chaiyok Sharieana...

Isnin, 3 Oktober 2011

Debaran semakin kencang...



Dup..dap...dup..dap...
Ya Allah...apa kena dengan aku malam ni..
mata x boleh nak tutup...
apa yang xkena dengan aku ni...

Dup..dap...dup..dap...
makin kuat terasa degupan jantungku...
erm...
satu per satu terlintas di mindaku...

Ku pusing kanan..
Ku pusing kiri...
erm...
ku belai hamster kesayanganku
dengan harapan boleh hilangkan keresahan hatiku...

Namun ianya makin membuatku runsing,
membuatku tidak tentu arah...

Ku gagahkan kakiku
ke kamar mandi...
Ku buka pili air di hadapanku..

Sejukknya air di kala malam
sesejuk angin yang menerpa pipiku...
Ya Allah tenangkan aku dengan
air wudhuk ini...

Selesai melakukan solat sunat..
ku panjatkan doa agar di tenangkan hati..
dan di permudahkan urusanku...



Ya Allah...
Esok adalah harinya..
esok adalah penentuannya...
bantulah aku dalam menghadapinya...

Amin..amin....
aku melelapkan mata agar
tubuhku cukup untuk menghadapi
debaran yang di tunggu...

Insya Allah akan ku mulakan
semuanya dengan nama-Mu Ya Allah,,,