SETITIS TINTA MADAH BICARA

Halwa Telinga

Khamis, 17 November 2011

Detik-detik akhir..




Diriku makin x keruan...
Hatiku resah sahaja dari semalam....
Jiwaku sudah di bawa angin yang sepoi indah di luar jendela...

Saatnya telah tiba...
Aku makin berdebar menunggunya...
Setiap saat yang berlalu amat bermakna buatku...

Apa lagi yang aku perlu sediakan...
Apa...apa...dan apa.....
Aku merasa ada seperti yang belum ku persiapkan...

Argh...apa yang aku mahu lakukan ini....
Masa tidak menungguku...
Aku yang harus mengejar masa itu...

Ku perhatikan barang-barangku...
Apa yang masih belum ku sediakan...
Aku perhati dengan begitu teliti sekali......
Agar tidak ada yang aku cicirkan nanti...

Jam 2.30 itu mengingatkanku...
Mengingatkanku tentang waktu aku perlu duduk di situ...
Waktu yang akan menentukan kemampuanku...
Kemampuanku dalam mengharungi apa yang akan terjadi...

Jam4.00 itu adalah detik terakhir...
Detik terakhir aku di dalam tempat ini...
Tempat yang ku panggil kota ilmu...
Kota yang amat beerti buatku dan sahabatku....

Mampukah aku mengharunginya?
Mampukah aku dalam menghabiskannya.?
Aku hanya diperuntukkan 1 jam 30 minit..
1 jam 30 minit mengharungi cabaran itu...
Cabaranku dalam menjawab kertas yang diserahkan oleh pengawai di sana...





Ya Allah,
Aku mohon kepada-Mu...
Aku mohon agar dipermudahkan urusanku...
Aku mohon agar di lindungi sepanjang perjalananku....
Bantulah aku Ya Allah...
Bantulah aku agar aku dapat mengharunginya
Mengharunginya dengan tenang dalam senyuman...
Aku perlukan kekuatan itu Ya Allah...
Hanya kepada-Mu aku memohon dan meminta...

Lafaz Bismillahirrahmannirrahim aku mulakan..
dan dengan lafaz Alhamdulillah aku sudahi...
Mudah-mudahan dengan usaha, tawakal dan doa
yang aku panjatkan kepada-Mu..
dapat membantuku...
Amin..amin..Ya Rabbi..


Isnin, 14 November 2011

Kertas Pertama untuk Semester 6




Alhamdulillah...
akhirnya selesai juga
kertas pertama untuk
peperiksaan semester 6 ini...

Kertas pertama tadi
bermula jam 8.30-11.00 pagi
di Blok D pentadbiran...

Agak nervous sikit sebab duduk
di bahagian nombor dua
dari hadapan...
hu3...gementar + tersaiko....

Kertas tadi ialah RBT 3111
tentang masakan...
Alhamdulillah....
melalui hasil pembacaan dan belajar
bersama roomate dan Ct.Azilah...
dapat menjawab soalan yang diberikan...

Tidak lupa juga kepada Nadiah...
tanpa nota yang diberikan semalam
mungkin tidak ada bayangan
contoh soalan camna...

Terima kasih kawan-kawan
semua...awak semua yang terbaik...

Besok adalah hari kedua..
untuk saya dan rakan-rakan
menjawab kertas RBT 3112
mengenai pengurusan bengkel...

Insya Allah, saya akan
berusaha bersungguh-sungguh
dalam menjawab dan
mengharungi peperiksaan
untuk semester 6 ini...

Usaha, doa dan & tawakal..
itu yang penting dalam
mengharungi semua ini...
Insya Allah...

Isnin, 7 November 2011

~Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari ADAM~

Satu Soalan Buat Hawa.



Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

...

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.



Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.



Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.



***



Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?



Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?



Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?



Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~



Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?



Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?



Baca ni ;



Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.



Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.



Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?



Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~



"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..
 

Agen Pelaku Dosa...

MATA

Memandang perempuan yang halal dinikah

Memandang atau menonton sesuatu yang haram

Menonton aurat lelaki atau wanita

Menonton filem lucah

Menonton filem yang mendedahkan aurat

Memandang aurat wanita lebih dari sekali



HATI

Takabbur

Ujub

Riak

Tidak yakin adanya Hari Pembalasan

Menyekutukan Allah

Tidak beriktikad Adanya Allah

Beriktikad Allah itu Jisim

Beriktikad Allah itu bertempat

Yakin ada kuasa lain selain Allah

Percaya kepada kekeramatan kubur atau pokok



MULUT dan LIDAH

Menyekutukan Allah

Berdusta atau berbohong

Saksi Palsu

Menyumpah

Mengumpat

Menuduh orang lain Kafir

Menuduh Perempuan Baik Berzina

Memakan makanan dan minuman haram

Memakan harta anak yatim

Memakan makanan bukan hak sendiri

Menentang kedua ibubapa

Bercuim dengan pasangan yang haram

Menjilat benda yang haram

Menceritakan perkara lucah

Mencerikatakan aib orang lain

Mencaci orang tua

Mengaku Menjadi Nabi



TELINGA

Mendengar nyanyian yang melalaikan dari mengingati Allah

Mendengar nyanyian yang senikatanya mengajak kepada maksiat

Mendengar orang mengumpat

Mendengar suara yangf menaikkan nafsu syahwat

Mendengar suara perempuan yang memberahikan

Tidak mahu mendengar azan atau al-Qur’an



FIKIRAN

Khayal tentang maksiat

Berfikir tentang maksiat

Merancang Kejahatan

Membuat perancangan untuk menipu



KEMALUAN

Berzina

Onani



TANGAN

Membunuh anak-anak kerana khuatir akan kemiskinannya

Melancap

Mencuri

Merompak

Menyamun

Memalsukan ayat al-Qur’an

Membunuh tanpa alasan

Menyentuh perempuan/lelaki sah nikah



KAKI

Menuju tempat maksiat

Menendang/menyepak bukan yang hak

Lari dari medan jihad di jalan Allah



PERUT

Menerima makanan haram

Menerima minuman haram



DUBUR

Rela Diliwat



PERBUATAN DARI TUBUH BADAN

Tidak Mematuhi Perintah Orang Tua (Ibubapa ke atas)

Mengada-adakan sekutu bagi Allah s.w.t.

Memberi Riba

Menerima Riba

Menulis Riba

Makan Harta Riba

Memberi Rasuah

Menerima Rasuah

Menulis Rasuah

Derhaka kepada Kedua Ibubapa

Tidak menghormati Baitullah

Menyalah-gunakan harta anak yatim,

Menentang Pemerintah Islam

Menolak dan Menentang Hukum Al-Qur’an

Menentang Nabi atau Rasul

Menolak Sunnah Nabi Atau Rasul

Mereka-reka hukum

Memberi, menerima dan menulis riba,

Melarikan diri dari pertempuran,

Tidak menghormati Baitullah,

Memfitnah

Berputus Asa dengan Rahmat Allah

Melanggar Hukum Faraid

Meninggalkan Solat

Meninggalkan Puasa

Tidak mengeluarkan Zakat

Menentang Kewajipan berzakat

Tidak menunai haji sedangkan mampu

Jamak solat tanpa rukhsah

Sombong dan Takabbur

Memakai Pakaian Menyentuh Tanah

Riak dan menunjuk-nunjuk

Tua tapi masih berzina

Pecah Amanah

Berbangga dan sombong dengan anak-anak yang banyak

Mengampu Pemerintah kerana kepentingan diri

Meminum arak

Mengedar arak

Memperoses arak

Menjual arak

Menghalalkan arak

Bekerja di kilang atau di kedai arak

Menunjuk jalan atau arah tempat menjual arak

Memutuskan Silaturrahim

Berjudi dan seumpamanya

Bertenung Nasib

Percaya kepada kekuasaan bomoh

Melakukan perbuatan Sihir

Percaya kepada Ahli Nujum

Mempelajari Ilmu Sihir

Dayyus iaitu redha dengan maksiat yang dilakukan keluarganya

Pengadu domb

Menyebarkan fitnah

Menentang hukum Qur’an

Tidak menunaikan hak jiran

Menyakiti hati jiran

Menganinya binatang

Membiarkan jiran kelaparan sedangkan kita mampu

Menyakiti hati saudara seagama

Menyembah Berhala atau matahari, binatang atau pokok

Membiarkan kemungkaran di depan mata tanpa tentangan

Membiarkan orang Islam dibunuh oleh orang kafir

Membantu orang kafir memerangi atau menganinya orang Islam

Kikir dan kedekut

Membazir harta dan makanan



Semua dosa-dosa di atas tidak akan terampun tanpa TAUBAT NASUHA, kecuali dosa kerana menyekutukan Allah, Menyembah Berhala dan seumpamanya.
 

Teringin nak ke Ayer Hitam

Pertama kali dengar nama Ayer Hitam
terasa nak gelak dan tersenyum je...
terbayang juga camna tempat tu..

Rasanya pernah pergi tempat tu..
erm....tengah nak ingat ni..
..................................

Ups..bukan Ayer Hitam...
yang aku pergi tu
Ulu Tiram...
malu...(pipi dah warna kemerahan gitu)

Jauh tak tempat tu?
Ntah la ye...nak pergi juga..
barulah tahu dekat ke jauh tempat tu..

Terkenal dengan tempat yang
menjual pelbagai barang
dengan harga yang berpatutan..
bukan berpatutan sahaja ye..
murah juga...

Huhuhuhuhu...
bila la boleh g sana ni..
teringin nak g sana...
ada sesiapa yang nak bawa saya ke sana ke?

Erm...kalau saya ada
kenderaan dah lama saya pergi
ajak kawan-kawan g sekali..
nak juga g dengan bas...
kalau pertama kali g saya tak leh nak bajet
waktu perjalanan..
nanti sepanjang jalan saya cemas je..

So kena ada yang membawa kesana..
so kali kedua boleh la g naik bas..
dah boleh bajet masa la katakan...

Tapi persoalannya di sini..
Bilakah saya akan pergi kesana?
Bagaimanakah cara saya ke sana?
Siapakah yang menemani saya?
Adakah sempat saya ke sana sebelum meninggalkan kota johor
yang tercinta ini?

Eemm...
Insya Allah jika ada rezeki..
tepat waktunya pasti saya akan dapat kesana
kan....