SETITIS TINTA MADAH BICARA

Halwa Telinga

Isnin, 5 November 2012

Dalam kenangan

Ada satu petang tu..
Aku dengan kawan aku dirahsiahkan namanya
menyelongkar barang-barang lama aku
Yelah nak kemas barang dan nak buang barang...

Tapi dalam kemas-kemas barang tu...
Terjumpa pula lukisan-lukisan lama yang sangat mencuit hati 
dan menarik...

Lukisan-lukisan ini dilukis
dan khas untuk aku..
Seronok dapat lukisan ni...

LUKISAN PERTAMA : KUCING COMEL


Lukisan ini dilukis oleh Nur Affini
merangkap rakan kelas aku selama 5 thn 1/2
erm...masa ni aku dengan dia rapat la juga...
cuma ada satu peristiwa hitam tu buat aku dengan dia tak rapat dah...
erm...tapi alhamdulillah...
kebenaran dah terserlah dan sekarang dah ok semula
Apapun terima kasih fini...
comel kucing ni...

LUKISAN KEDUA : OTOMEN


Lukisan ni tak dapat aku kenal pasti siapa yang buat
erm..tapi dibuat untuk aku...
sangat comel otomen ni...
komik ringkas yang sangat menarik...
Apapun terima kasih sebab sudi memberi lukisan ini...

LUKISAN KETIGA : D214


Lukisan ini dilukis oleh Nur Nadia a.k.a Tango
Tango merupakan sahabat yang sangat comel
lawa juga tu ^_^
aku mula rapat dengan dia sekitar tahun 2010
makin dekat nak habis kat maktab ni...
makin sedih tinggalkan dia dengan Zila...
Lukisan ni dibuat semasa berada di unti Hortikultur...
me kaseh tango sudi buat untuk aku...
dahsyat muka aku kat dalam gambar ni..

LUKISAN KEEMPAT : KAD FRIENDSHIP



Kad ini dibuat oleh Siti Azilah a.k.a CT Sabah...
huuhuhu...
ingat lagi masa ni adalah kali pertama buat PBS
aku, zila dgn yana berPBS di SK.Kulim
ini khas untukku kami bertiga dan tentunya untuk aku...
weee...comel..biarpun orang lidi..
aku tetap suka sebab kawan baik aku yang buat...
sampai nama kami bertiga pernah digabungkan untuk jadi satu nama
YANAZILA ni la nama kami bertiga bila digabungkan
5thn 1/2 kami bersama walaupun berlainan kelas...
aku sayangkan korang semua

KAD RAYA



Kad raya ni diberi oleh Norliyana a.k.a Lynn
kad raya yang sangat comel...
me kaseh lin sebab bagi aku kad raya...
Persahabatan kita selama 5 thn 1/2 sangat bermakna buat aku...
ujian diberi untuk melihat sejauh mana ikatan kita ini dibina atas dasar ukhuwah fillah
telah dilalui...
biarpun pahit tetap diharungi...kerana kemanisannya ditemui diakhir nanti...


Kepada semua yang memberi...
aku mengucapkan terima kasih banyak-banyak...
sangat indah dan comel sekali...
akan tetap kukenang hingga akhir hayatku...



Pergilah wahai perasaan

Adakah ini benar-benar perasaanku terhadapmu?
Adakah ia cinta, suka, sayang ataupun minat?
Aku sendiri tidak pasti apakah sebenarnya?

Aku keliru dan ia mengganggu fikiranku...
Aku sering berdoa agar diberi petunjuk untuk perasaan ini...
Aku tahu bukan mudah untuk ku buang perasaan yang telah wujud dalam hatiku ini..

Seringkali bermain difikiranku,
Layakkah aku untukmu?
Adakah cukup apa yang ada padaku untukmu?


Aku tahu, aku sedar..
Meski aku jauh berbeza denganmu..
Masih ada secebis harapan dalam hatiku untuk memilikimu..

Namun mimpi tidak akan menjadi hakikat,
Kerna aku tahu sekuat manapun aku mencuba,
Aku tidak akan dapat bersamamu..

Aku yakin ada seseorang untukmu,
Ada seseorang untukku,
Itu yang dikatakan Allah...
Aku yakin dengan kata-kata itu...

Walaupun aku tidak dapat memiliki dan bersamamu,
Aku sentiasa berdoa agar pertemuan ini adalah 
Langkah baru untukku supaya lebih
Menghargai dan menyayangi PEMBERI RASA CINTA SAYANG SUKA & MINAT


Aku doakan agar kamu dapat yang terbaik 
Kerna kamu juga adalah insan yang terbaik yang aku kenal.

Sudah tiba masanya untuk aku melepaskan perasaan ini,
Kerna ia akan memberi aku ruang untuk
Perbaiki diriku untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya
Kerna ini akan menjadi satu kekuatan bagiku
Agar aku menjadi insan yang akan terima ketentuan-Nya