Ada satu petang tu..
Aku dengan kawan aku dirahsiahkan namanya
menyelongkar barang-barang lama aku
Yelah nak kemas barang dan nak buang barang...
Tapi dalam kemas-kemas barang tu...
Terjumpa pula lukisan-lukisan lama yang sangat mencuit hati
dan menarik...
Lukisan-lukisan ini dilukis
dan khas untuk aku..
Seronok dapat lukisan ni...
LUKISAN PERTAMA : KUCING COMEL
Lukisan ini dilukis oleh Nur Affini
merangkap rakan kelas aku selama 5 thn 1/2
erm...masa ni aku dengan dia rapat la juga...
cuma ada satu peristiwa hitam tu buat aku dengan dia tak rapat dah...
erm...tapi alhamdulillah...
kebenaran dah terserlah dan sekarang dah ok semula
Apapun terima kasih fini...
comel kucing ni...
LUKISAN KEDUA : OTOMEN
Lukisan ni tak dapat aku kenal pasti siapa yang buat
erm..tapi dibuat untuk aku...
sangat comel otomen ni...
komik ringkas yang sangat menarik...
Apapun terima kasih sebab sudi memberi lukisan ini...
LUKISAN KETIGA : D214
Lukisan ini dilukis oleh Nur Nadia a.k.a Tango
Tango merupakan sahabat yang sangat comel
lawa juga tu ^_^
aku mula rapat dengan dia sekitar tahun 2010
makin dekat nak habis kat maktab ni...
makin sedih tinggalkan dia dengan Zila...
Lukisan ni dibuat semasa berada di unti Hortikultur...
me kaseh tango sudi buat untuk aku...
dahsyat muka aku kat dalam gambar ni..
LUKISAN KEEMPAT : KAD FRIENDSHIP
Kad ini dibuat oleh Siti Azilah a.k.a CT Sabah...
huuhuhu...
ingat lagi masa ni adalah kali pertama buat PBS
aku, zila dgn yana berPBS di SK.Kulim
ini khas untukku kami bertiga dan tentunya untuk aku...
weee...comel..biarpun orang lidi..
aku tetap suka sebab kawan baik aku yang buat...
sampai nama kami bertiga pernah digabungkan untuk jadi satu nama
YANAZILA ni la nama kami bertiga bila digabungkan
5thn 1/2 kami bersama walaupun berlainan kelas...
aku sayangkan korang semua
KAD RAYA
Kad raya ni diberi oleh Norliyana a.k.a Lynn
kad raya yang sangat comel...
me kaseh lin sebab bagi aku kad raya...
Persahabatan kita selama 5 thn 1/2 sangat bermakna buat aku...
ujian diberi untuk melihat sejauh mana ikatan kita ini dibina atas dasar ukhuwah fillah
telah dilalui...
biarpun pahit tetap diharungi...kerana kemanisannya ditemui diakhir nanti...
Kepada semua yang memberi...
aku mengucapkan terima kasih banyak-banyak...
sangat indah dan comel sekali...
akan tetap kukenang hingga akhir hayatku...