SETITIS TINTA MADAH BICARA

Halwa Telinga

Khamis, 27 Oktober 2011

Raya yang kesepian




Semua orang ada cerita
tentang hari raya...
semua ada cerita yang sedih
dan juga gembira ketika hari raya..

Aku juga punya cerita
yang sama...
kisah hari raya
yang aku tidak pernah lupakan..
dan aku berharap tidak akan
ada lagi selepas ini...

Tahun 2008...
adalah tahun ke dua aku
di dunia IPTI,JB...
ini adalah tahun kedua aku beraya..

Tak sabar rasanya nak balik
rumah yang telah lama ku tinggalkan...
bukan kerana membawa diri
di perantauan...
tetapi mengorak langkah untuk
menuntut ilmu yang jauh di sana...

Aku mencapai handphone nokiaku (fesyen biasa je)
aku menghubungi keluarga tercinta
untuk memohon di belikan tiket kapal...
......................................................

Ibu tercinta mengangkatnya panggilanku..
Ibu...saya nak balik raya ni boleh kan..
nak minta beli tiket raya boleh?

Dengan penuh berat hati ibuku menjawab....
Ayahmu meminta kamu beraya di N9..
bersama sepupu & makcikmu di sana...

Tapi ibu...
Saya tak nak raya dengan orang yang
saya tak biasa...
saya akan berasa asing dengan mereka...

Ini amanat ayahmu...
Jika kamu ingkari..
maka kamu tidak akan pulang ke sini lagi...

Tapi....
Kenapa sampai camni sekali...
Maafkan ibu...ayahmu ingin kamu
rapat dengan makcikmu disana...
lakukanlah demi ayahmu...

Sepekara lagi...
Ayahmu pesan, di pagi raya dia
akan menghubungimu dan dia mahu
kamu benar-benar di rumah adiknya...

Ya Allah...
kenapa aku...aku tidak mahu ke sana...
bukan kerana mereka tidak baik denganku..
tetapi aku berasa sangat asing dengan orang yang hanya aku
pernah jumpa sekali dalam hidupku..

Aku turuti kata ibu & ayahku...
Aku tahu aku akan bersedih disana nanti..
tetapi..aku tidak mahu ayah & ibuku sedih
kerana aku tidak kesana...

Aku di ambil oleh sepupuku,
Kami bertolak sehari sebelum raya ke N9..
Aku bersama sepupuku berbuka puasa di perhentian di lebuh raya...
Aku berusaha untuk menceriakan diriku
agar tidak dapat di kesan oleh sepupuku...

Aku tiba di Felda Lui Barat
pada malam raya...
hatiku mulai sebak...
namun aku cuba menahannya dengan
menunjukkan muka yang gembira...

Aku meminta kebenaran untuk
melelapkan mata...
Namun aku bersendirian...
aku hanya mampu mengalirkan air mata...
Aku tidak dapat menahan sebak didada...


Malam itu,
aku tidak dapat melelapkan mata...
aku berdoa agar aku diberi
kekuatan berada di tempat orang...

Di pagi yang hening,
aku merasa sapaan angin di pipiku...
sejuknya..sepertinya merasa kesedihanku...

Aku mengapai telefon bimbitku...
lalu ku menghubungi keluarga tercinta...

Ibu,selamat hari raya...
Aku cuba menahan sebak di dadaku..
Namun dalam menahan kesedihan hatiku...
Aku mendengar tangisan kecil ibuku...

Ibuku memohon maaf kerana
tidak dapat melihat aku di perantauan...
Aku tidak dapat menahan lagoi perasaanku...
Aku menangis dan memohon maaf kepada ibuku...

Ayahku hanya sampaikan salam...
Aku tahu...ayah juga sedih sama sepertiku..
Aku tahu ayahku hanya mahukan ikatan yang kuat
antara aku dan makcikku...
namun apa dayaku,,,,
aku merasa asing di sini...
merasa sendirian di sini...
Aku ingin pulang...
pulang ke rumah tercinta...

Selesai solat sunat hari raya...
Ayahku menghubungi makcikku..
dan aku mendengar perbualan makcikku
dengan ayahku...
aku berada di pangkin...
aku tidak mahu berada di dalam rumah
kerana hatiku merasa sebak dengan apa
yang ku lihat...

Aku cuba tenangkan diriku,,,
cuba membayangkan keluargaku bersamaku...
dalam tidak ku sedari..
air mata mengalir di pipiku...
aku terlena di pangkin rumah...

Kemeriahan hari raya
tidak dapat ku rasai...
mereka hanya berada di rumah...
tidak keluar untuk beraya....

Aku rindu suasana di halaman rumahku...
Aku rindu suasana kunjungan ke rumah sepupuku
di seberang sana...

Sepupuku dapat merasai kesedihanku..
aku dibawa berjalan ke rumah terbuka
pada hari raya ketiga...

Aku hanya menurut..
kerana aku akan pulang pada hari raya keempat,,,
Aku berusaha untuk menceriakan diriku
sebaik yang mungkin...


Alhamdulillah...aku berjaya mengharungi
hari-hariku disana...
Aku nekad untuk
mengumpul duit untuk membeli tiket kapal
di tahun akan datang,,,
Aku akan membeli sendiri...
Kerna aku tidak mahu kesedihan
memamah diriku...

Aku mahu berada di samping keluarga tercinta..


Tiada ulasan: