SETITIS TINTA MADAH BICARA

Halwa Telinga

Isnin, 29 Oktober 2012

Sayang korang semua


Dalam keadaan sedar tak sedar
aku dah berada di tahun akhir
di semester akhir...

Penghujung tahun yang telah lama ku tunggu
akhirnya telah dekat dengan diriku...
tapi kenapa tidak ada rasa kegembiraan itu..

Aku merasa sangat gembira pada awalnya
namun makin dekat harinya
aku makin sedih....

Perasaanku terasa aneh...
mungkinkah aku sukar untuk
melepaskan kawan-kawan yang berada di sampingku
mungkinkah aku tidak boleh lupakan mereka?

Bila ditanya semula pada diriku
memang benar aku terasa sukar sekali
untuk lepaskan mereka,
memang susah sekali untuk lupakan mereka..
tapi inilah aku...
orang yang sentiasa ingin bersama mereka setiap
saat yang kami lalui...

Namun, aku tidak boleh
biarkan perasaanku terus begini...
aku yakin pertemuan kami adalah kerana Allah,
maka perpisahan kami juga kerana Allah...

Apa yang tinggal itulah kenangan buat
kami semua...
Seringkali orang mengatakan
kita akan lebih menghargai
apabila perkara/orang itu tidak
ada didepan mata
kerana disitulah terasa segala
kenikmatan menjalin persahabatan...

Ya Allah andai ini ketentuan-Mu
aku terima dengan hati yang terbuka
aku yakin di suatu saat kami semua akan 
berjumpa semula
dan pasti banyak perkara yang akan dibualkan
hingga perkara yang lalu merapatkan kami semula
dibawah jalinan hubungan ini...

Wahai sahabat yang disayangi
aku menyayangi kalian semua
kenangan terindah bersama kalian
akan kusematkan didalam hati dan ingantanku
aku doakan agar kalian mendapat yang terbaik dalam hidup kalian...

Semoga kita semua akan menjadi
seorang pendidik yang berjaya
dan dihormati oleh semua orang...
moga kita akan bertemu semula
kerana aku yakin kamu sentiasa dihatiku...

Untuk kalian:-

Yang INDAH itu pertemuan,
Yang MANIS itu kemesraan,
Yang PAHIT itu perpisahan &
Yang TINGGAL hanyalah kenangan.




Tiada ulasan: