SETITIS TINTA MADAH BICARA

Halwa Telinga

Selasa, 27 September 2011

Adik,Akak,Abang???



 Aduhai..
Seperti berada di dunia artis la pula..
Hahahaha...
Erm..Adik?Akak?Abang?

Aduhai...
Adik dah tahu siapa akak sebenarnya...
Hah???
Adik dah tahu?Ishk3..tak dapat la akak sembunyikan diri akak lagi
lepas ni..
Erm..adik bersyukur sangat dapat jumpa dengan akak...
Adik tahu adik selamat di sini kerana ada orang yang menjaga adik,,
Orang tu adalah akak...

Aduhai...
Manalah aku nak sembunyi lagi lepas ni..
Namaku yang menjadi rahsia..bukan lagi rahsia...
Kalau lagu Dato'Siti tentang biarlah rahsia..
sekarang dah xrahsia...

Aduhai...
Ow..akak dengan Iskandar abang dan adik ye?
Hah?Adik?Abang?
Apa yang adik cuba katakan ini?
Erm..terdiam aku seketika dibuatnya...
Ala..akak janganlah rahsiakan pula dari adik..
Ke akak ada apa-apa dengan abang iskandar?

Aduhai...
Adik..adik...
Akak mana ada apa-apa dengan dia..
Ya Allah...akak hanya kawan biasa je dengan dia..
Ishk3...budak ni...
Ala akak...kalau ada apa-apa pun
Tak salah kan...

Aduhai...
Adik aku yang sorang ni...
Camna akak nak jelaskan pada adik lagi..
Akak tak ada apa-apa dengan dia..
Tentang Adik dan Abang tu..
Hanya setakat itu ikatannya..
Tak lebih dan tak kurang pun..

Tapi itu dulu...
Sekarang...
Kenapa kak?
Kenapa dengan sekarang pula?

Erm...
Sekarang akak pun tak tahu ikatan apa
yang boleh dikatakan...
Adakah masih sama ataupun sudah tidak ada
apa-apa lagi..

Hatiku sayu...
Erm..teringat kenangan indah bersama abangku dahulu..
Andai dia masih sama seperti dahulu..
Sudah pasti aku akan menyakatnya..dan memberi dengan soalan teka-teki..
Dia pula melayan karenah aku tanpa banyak bicara..
Siapa lagi yang boleh menyakatnya kalau bukan adik dia sendiri,,

Aku tahu...
Dia dah ada pilihannya...
Pilihan yang sangat tepat..
Aku akur dengan keputusannya...
Allah yang utama..
Namun ikatan persaudaraan antara kami bagaimana pula...
Erm...huh...

Akak kenapa ni...dalam hati ada taman ye?
Lamunanku terus di kejutkan dengan pertanyaan adikku...
Ya Allah adik ni...
Akak tak ada apa-apa lah..
Erm..ok kita matikan perbualan mengenai abang iskandar ye..

Semoga perubahan abang iskandar akan menjadikan
dirinya lebih kuat dan dekat dengan-Nya..
Adik yakin abang akan jadi yang terbaik untuk semua orang..
Insyaallah..adik tak akan lupakan segala nasihat dari abang,,
Kenangan yang lalu menjadi sebahagian lakaran kanvas hidup adik...

Adik,Akak,Abang
Kini menjadi sebahagian daripada lakaran hidupku..
Akan ku menjadikannya lebih indah dengan mengingati-Nya
dan mendoakan awak semua...
Insyaallah...
Sayang awak semua...

Ahad, 25 September 2011

Siapa Wanita yang Cantik?


Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah

2.Tersenyum saat tertekan

3.Tertawa saat hati sedang menangis

4.Tabah di saat terhina

5.Mempersona kerana memaafkan

6.Mengasihi tanpa balasan

7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

P/S PDH : Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!

Sumber : http://diarihati.com/blog/2011/08/12/siapa-wanita-cantik/

7 Wanita bertanya Seorang lelaki menjawab




Kaum wanita selalu cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.

Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat …sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


                         

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil.

Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik.

Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?

Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga.

Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak!

Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita.
Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya.

Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai.

Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah.

Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti
Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya Dia tersenyum saat tertekan Tertawa di saat hati sedang menangis Memberkati di saat terhina..

Dan mempesona kerana memaafkan. Wanita cantik, mengasihi tanpa marah dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan SubhanAllah….

Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup Adakah lagi subuh esok… Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu Berikan daku kesempatan menebus kesalahan lantaran dosa dan noda krn sengaja melupakanMu Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba..

“Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika”

Sumber:
http://diarihati.com/blog/2011/08/22/7-wanita-bertanya-1-orang-lelaki-menjawab/

Mari mencuba ^_^

Tips Menegur Lelaki Yang Suka Ponteng Solat Jumaat




Salam A'laik.. Hari ni Hari Jumaat. Semua kaum lelaki diwajibkan ke masjid menunaikan Solat Jumaat. Tapi, mesti ada muka-muka yang kerap ponteng solat jumaat kan. Harrr.. Kepada kaum perempuan, ini ada tips yang hangpa boleh guna untuk tegur lelaki di sekeliling hangpa yang tak pergi sembahyang. Heheh..

1) Cakap dengan agak kuat, “Aku teringinlah nak merasa nikmatnya sembahyang Jumaat. Kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya.

2) Buka surat khabar, berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang Sembahyang Jumaat?”.

3) Jika bersama adik lelaki yang masih kecil, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang Jumaat, pura-pura memujuk adik anda dengan mengatakan “Adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar mesti ayah bawak adik ikut ayah pergi sembahyang jumaat tu”.

4) Pergi kat lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, "Sebenarnya hari ni hari apa? Nampak macam bukan Hari Jumaat je. Saya silap tengok kalendar ke?”.

5) Pura-pura cakap kat kawan sebelah, “Eh, aku kan, suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool. Memang calon suami idaman la".

6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “Eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”.

7) Kalau anda jenis berani, pura-pura mengumpat dengan kawan anda, “Eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang Jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”.

8 ) Kalau korang jenis yang berani mati, tegur direct je, “Abang dah masuk waktu ni. Abang tak pergi sembahyang Jumaat ke?”.

Sumber:
http://www.solihinzubir.com/2011/06/tips-menegur-lelaki-yang-suka-ponteng.html

Seminar Sultan Muhammad Al-Fateh

Assalammualaikum...

Pad hari sabtu lepas 24 September 2011
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
telah mengadakan Seminar Sultan Muhammad Al-Fateh..
Penceramahnya ialah Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman..

Sultan Muhammad Al-Fateh adalah s'orang tokoh islam
yang disebut oleh Rasulullah..
baginda ada mengatakan bahawa..
Kota konstantinopel akan dimiliki oleh tentera islam yang mana
rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya pula ialah sebaik-baik tentera..

Terdapat pelbagai strategi dan ilmu yang boleh dipelajari daripada
Sultan Muhammad Al-Fateh ini..

Pengajaran daripada seminar ini bukan sahaja mematangkan diri
dari segi pengurusan..malahan ianya membantu dalam semua aspek..

Untuk mencapai sesuatu..kita perlulah fokus..fokus..dan vision

Bahkan kita juga perlu bersabar dengan setiap apa yang kita kerjakan dan kita hadapi..

Formula dalam mencapai sesuatu kejayaan ialah mengamalkan syariatullah dan sunnatullah..
Insyaallah jika kedua-dua ini di amalkan, kita akan dapat yang terbaik untuk diri kita sendiri

Saya juga mengambil kesempatan untuk membeli buku daripada penulis selaku penceramah
Sultan Muhammada Al-Fateh ini..(dapat sign lagi ...best sangat)

Terima kasih kepada barisan PERMATA & JPP Kerohanian kerana
menganjurkan & mengelolakan program sebegini...
semoga segala usaha yang anda lakukan membukakan
hati para hadirin yang hadir untuk menjadi seperti
Sultan Muhammad Al-Fateh..

Awak semua adalah yang terbaik...^_^

Ahad, 18 September 2011

Mimpi Dilamar



Sharieana Insyierah, saya datang ke sini adalah untuk
melamar awak menjadi pelengkap diri, menjadi suri di hati saya...
Saya sudah membuat keputusan..saya juga telah membuat solat istikharah
sebelum saya bejumpa dengan awak dan keluarga awak..

Sudikah awak menerima saya?
Saya mencintai awak kerana-Nya...
Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak..
Bukan atas ukuran paras rupa yang saya lamar awak..
Tetapi atas dasar sayang kerana-Nya..
Atas dasar agama dalam diri awak..

Argh....betulkah mimpiku tadi..
Erm..tak...tukan hanya mimpi...
Mana mungkin menjadi realiti...
Lebih-lebih lagi orang yang sama sekali aku tidak pernah terfikir untuk di mimpikan..

Em...Aku termenung seketika dihadapan cermin..
Sambil berkata dalam hatiku..
Jika benarlah apa yang ku mimpikan itu menjadi kenyataan...
Apakah reaksiku?Apakah aku akan menerimanya di dalam keadaan sebenar?

Hurm....mimpi yang membuatku menjadi semakin gelisah..
Aduhai..aku tidak pernah fikir akan dilamar dalam masa terdekat..
Hanya mimpi kan..aku tenagkan diriku sendiri...

Terpaku ku di luar jendela melihat keindahan ciptaan Tuhan
Ya Allah, Layakkah aku untuknya..
Secara tidak sedar ku ungkap kata-kata itu..
Lalu air mataku membasahi pipiku dalam keadaan aku tidak sedar..

Aku mengesat air mataku dengan sapu tangan hijau yang ada di depan ku..
Ya Allah..begitu mudah aku mengimpikan sesuatu yang tidak pernah aku
bayangkan..begitu mudah aku lalai dalam urusan ibadah..
Ya Allah hilangkan perasaan yang membebani fikiran dan hatiku..
dekatkan aku dengan-Mu agar cinta ini hanya untuk-Mu...
agar perasaan ini tidak lalai dalam mengerjakan ibadah kepada-Mu..

Amin..amin...
Perasaanku kini tenang...
Aku akan menjadikan ini sebagai benteng dalam
menjaga akhlak dan peribadiku agar rasa cinta yang suci itu
terbit dari hati yang mencintai kerana-Nya..

Sabtu, 17 September 2011

Merindui Anak Murid SKTU3



Pemergianku bukanlah untuk di tangisi..
Pemergianku bukanlah tiada erti..
Namun apa yang ku pasti di sini...
Aku begitu merindui suasana bersama mereka..

Menyayangi mereka seperti mana
Mereka menyayangiku ini...
Merindui mereka seperti mana
Mereka merinduiku ini..

Saat mulanya ku disana..
Cabaran & dugaan sering bertukar ganti..
Tugasku bukan hanya mendidik..
Namun juga menerapkan nilai-nilai
Pekerti mulia dalam diri mereka..

Aku tertarik dengan sikap mereka..
Aku begitu menyenangi keramahan mereka..
Wajah,senyuman dan suara mereka sangat ku rindui..

Di awal pagi mereka menunggu untuk membantuku..
Senang hatiku melihat wajah mereka..
Selamat Pagi Cikgu...
Itu kata keramat yang sering ku dengar dari mulut mereka..

Kasih sayangku di uji dengan
perasaan cemburu yang hadir di hati mereka
"Cikgu, kenapa cikgu layan dia je?'
itu yang diungkapkan oleh mereka..
"Cikgu dah tak sayang kami lagi ke?"
pelbagai pertanyaan di usulkan oleh mereka..

Dengan hati yang tenang ku memujuk mereka
Dengan hati yang tenang jua ku terangkan segalanya
pada mereka..

Kebenaran di terima oleh mereka..
Bukan melebihi atau menyisih sesiapapun..
Aku mencurahkan kasih sayang kepada mereka
Semuanya adil dan sama rata..

Walaupun ku tiada lagi bersama mereka
Namun jalinan ukhuwah tidak terhenti begitu sahaja
Laman-laman sosial tempat kami bermadah kata..
Alat perhubungan tempat bermanja..

Suara mereka sering kali ku dengari
Di ruang pelosok hidupku..
Anak-anak muridku...
Ada perkara yang cikgu ingin sekali kamu tahu..
Cikgu Merindui kamu semua seperti mana
kamu sering mengatakan bahawa kamu merindui cikgu..

Salam Sayang dari Cikgu Untuk Kamu Semua
Di Sekolah Taman Universiti 3..