SETITIS TINTA MADAH BICARA

Halwa Telinga

Sabtu, 17 September 2011

Merindui Anak Murid SKTU3



Pemergianku bukanlah untuk di tangisi..
Pemergianku bukanlah tiada erti..
Namun apa yang ku pasti di sini...
Aku begitu merindui suasana bersama mereka..

Menyayangi mereka seperti mana
Mereka menyayangiku ini...
Merindui mereka seperti mana
Mereka merinduiku ini..

Saat mulanya ku disana..
Cabaran & dugaan sering bertukar ganti..
Tugasku bukan hanya mendidik..
Namun juga menerapkan nilai-nilai
Pekerti mulia dalam diri mereka..

Aku tertarik dengan sikap mereka..
Aku begitu menyenangi keramahan mereka..
Wajah,senyuman dan suara mereka sangat ku rindui..

Di awal pagi mereka menunggu untuk membantuku..
Senang hatiku melihat wajah mereka..
Selamat Pagi Cikgu...
Itu kata keramat yang sering ku dengar dari mulut mereka..

Kasih sayangku di uji dengan
perasaan cemburu yang hadir di hati mereka
"Cikgu, kenapa cikgu layan dia je?'
itu yang diungkapkan oleh mereka..
"Cikgu dah tak sayang kami lagi ke?"
pelbagai pertanyaan di usulkan oleh mereka..

Dengan hati yang tenang ku memujuk mereka
Dengan hati yang tenang jua ku terangkan segalanya
pada mereka..

Kebenaran di terima oleh mereka..
Bukan melebihi atau menyisih sesiapapun..
Aku mencurahkan kasih sayang kepada mereka
Semuanya adil dan sama rata..

Walaupun ku tiada lagi bersama mereka
Namun jalinan ukhuwah tidak terhenti begitu sahaja
Laman-laman sosial tempat kami bermadah kata..
Alat perhubungan tempat bermanja..

Suara mereka sering kali ku dengari
Di ruang pelosok hidupku..
Anak-anak muridku...
Ada perkara yang cikgu ingin sekali kamu tahu..
Cikgu Merindui kamu semua seperti mana
kamu sering mengatakan bahawa kamu merindui cikgu..

Salam Sayang dari Cikgu Untuk Kamu Semua
Di Sekolah Taman Universiti 3..

Tiada ulasan: