SETITIS TINTA MADAH BICARA

Halwa Telinga

Ahad, 14 Oktober 2012

NASIHAT DARIPADA SEORANG TEMAN



Nasihat ini ku terima daripada seorang teman yang tidak mengenaliku namun sanggup memberikan perkongsian ilmu denganku...

Aku berharap agar segala nasihat yang diberikan olehnya kepadaku akan membantuku lebih dekat dengan-Nya dan agar nasihat ini juga dapat membantu kalian lebih dekat dengan Yang Maha Esa...

Inilah nasihat dan perkongsian yang diberikan oleh seorang TEMAN

"Setiap titisan wuduk yang jatuh dari anggota badan akan dijadikan 1 malaikat oleh Allah
dan malaikat itu akan mendoakan keampunan kepada kita sehingga kiamat"

"Lazimkan diri dengan membaca surah al-mulk dengan as-sajadah sebelum tidur,
semoga dengan bacaan itu, Allah akan angkatkan azab kubur"

"Kata-kata hikmah Nabi kepada Abu Bakar ketika berada di dalam gua:- Janganlah bersedih, kerana Allah bersama kita"

"Pastikan setiap hari, hadiakan ibu bapa kita fatihah. Semoga mereka sentiasa sejahtera, bagi yang dah pergi sedekahkan fatihah agar mereka dengan orang yang beriman"

"Khatamkan quran sebelum tidur dengan membaca surah Al-ikhlas tiga kali"

"Jadilah seorang hamba yang menjadikan akidah sebagai jati diri, syariat sebagai kompas hidup
dan akhlak sebagai perhiasan diri. Apabila bertemu KESUSAHAN, Allah mendidikmu tentang
KESABARAN, apabila KESENANGAN bertamu, Allah mengajarmu erti KESYUKURAN,
apabila si MISKIN datang, itu peluangmu mengamalkan sifat PEMURAHmu, namun apabila
si KAYA menjengah, jangan pula terjejas sifat QANAAHmu. Ingatlah Allah mendidikmu pada setiap
masa, peristiwa da keadaan"

"Nabi bersabda siapa yang membaca surah Al-Fatihah selepas solat fardhu, dijauhkan 7 pintu neraka,
dan siapa yang membaca ayat Qursi selepas solat fardhu akan masuk syurga"

"Wasiat Nabi kepada Abu Dzar : Solat sunat witir 1 rakaat, solat sunat dhuha & puasa 3 kali dalam sebulan"

"Nabi pernah berpesan : Sebijak-bijak daripada kamu ialah orang yang sentiasa mengingati mati"

Tiada ulasan: